Masjid Alor Lintang terletak di tengah-tengah Kampung Alor Lintang, Mukim Kampung Raja, Besut. Masjid ini dibina pada tahun 1982 dengan kos sebanyak RM 600,000.00 hasil daripada pembiayaan oleh pihak kerajaan dan derma orang ramai serta siap sepenuhnya pada tahun 1983.
Masjid ini didirikan di atas tanah hak milik kerajaan dan telah dirasmikan oleh ke bawah Duli Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah pada 4 Mei 1984. Masjid ini mampu menampung seramai 800 orang ahli jemaah dalam satu-satu masa.
Info dari: emasjid.terengganu.gov.my
.